WAKTU OPERASI DI OFFICE:
ISNIN -JUMAAT : 9.30MLM-11.30MLM
SABTU-AHAD : 9.00PAGI -6.00PTG
HUBUNGI KAMI UNTUK TEMUJANJI
(SMS/CALL/Whatsapps): 013-4170560 -hafiz @ 019-5504301-Rahmat
*MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BERBEKAM KERUMAH
*TIADA CAS DIKENAKAN JARAK DARI OFFICE KE RUMAH SEKITAR 30KM
*CAS PERKHIDMATAN DIKENAKAN BAGI JARAK DARI OFFICE KE RUMAH MELEBIHI 30KM
Email : jahshidzone@gmail.com
Facebook :
JahShid Zoneenterprise
Blog :
jszonemanong.blogspot.com
APA ITU BERBEKAM?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakut
Amalan berbekam merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian pada masa kini ibarat Manusia yang memerlukan makanan dan minuman pada setiap hari tanpa disuruh sebab kita sendiri akan mengetahui bila kita memerlukan makanan dan minuman.Pada zaman kini yang serba canggih dan mudah menyebabkan kita lebih gemar mengambil makanan ringan seperti Burger,MC Donald,Pizza Hut,KFC dan makanan ringan yang lain kerana lebih fleksibel dan menjimatkan masa tanpa perlu memasak dirumah yang banyak memakan masa dan meletihkan.Atas Faktor ini lah makin ramai rakyat Malaysia umumnya terdedah kepada pelbagai jenis penyakit yang menyebabkan kesejahteraan hidup kita terjejas.Permakanan yang kurang berzat mengandungi pelbagai campuran perasa yang membahayakan kesihatan.
Selain itu juga, Faktor gaya hidup yang tidak seimbang menyumbang kepada pemgumpulan toksin dalam badan kita.Kebanyakan Pakar kesihatan berlumba-lumba dalam membuat ubat dan penawar untuk mengeluarkan toksin dalam badan serta dijadikan peluang untuk peniaga untuk menjana keuntungan melalui jualan produk-produk mengeluarkan toksin dalam badan.Jika kita selidik pengeluar produk-produk kesihatan bagi mengeluarkan toksin ini dimonopoli oleh orang bukan islam hasil daripada kajian mereka.
Namun kita sebagai umat islam terlupa dan tidak mengetahui langsung bahawa NAbi Muhammad SAW telah mengajar kita tentang berbekam.Terdapat banyak hadis yang memperkatakan tentang amalan berbekam. Antaranya ialah :
Rasulullah SAW pernah bersabda :-
"Sebaik-baik perubatan bagi kamu ialah berbekam " (Hadis Riwayat Ahmad)
"Berbekamlah..jangan membiarkan darah yang berlebihan melimpah,maka ia akan membunuhmu"
(Hadis Riwayat Bukhari Muslim)
Hasil Kajian perubatan,selepas 3 bulan sel darah merah didalam tubuh kita akan mati, ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul dilapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan. Sel darah ini akan diganti oleh sel darah merah baru yang mengandungi Oksigen dan nutrient yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak ( toksin ) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah yang menyebabkan kapilari tersekat dan tersumbat. Maka kesannya akan menganggu pelbagai sistem badab dan amp: kegagalan fungsi sistem limpa,ginjal ,hati dan akhirnya menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Antara kaedah terbaik adalah dengan BERBEKAM hanya semudah itu tanpa mengeluarkan wang yang banyak sekiranya kita membuat rawatan yang canggih dan mahal. Kebanyakan masyarakat beranggapan rawatan berbekam adalah amalan kuno namun ia adalah saranan dari Rasullullah SAWdi mana tidak ada daripada Rasulullah SAW perkara yang sia-sia.
Namun kebanyakan masyarakat tidak mengetahui tentang berbekam hasil daripda responden :
- Hanya 20% umat islam yang tahu tentang berbekam
- Hanya 10% umat islam yang pernah berbekam
"Sebaik-baik hamba adalah jurubekam, ia membuang darah, melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan" [Hadis Riwayat Tarmizi]
Akhir Sekali,kebanyakan kita keliru termasuk saya sebelum mengetahui faedah berbekam dengan derma darah. Sebenarnya terlalu banyak perbezaan antara keduanya:
BERBEKAM
- Darah dari kapilari
- Mengeluarkan toksid dan kotoran sahaja
- Tidak keluar sel darah putih
- Keluarkan Zat bezi berlebihan ( elak talasemia)
DERMA DARAH
- Darah dari arteri
- Semua kandungan bendalir keluar
- Keluar sel darah putih bersama darah merah
- Mengeluarkan mineral dan zat besi dari tubuh